Tuesday, August 25, 2009

Happy Birthday Nur Balqis Nafisha

"Happy Birthday To You
Happy Birthday To You
Happy Birthday To Nur Balqis Nafisha
Happy Birthday To You"

Semoga Balqis menjadi anak yang solehah, yang mendengar kata mama & papa, menjadi anak yang cemerlang di dunia & akhirat, menjadi penyejuk hati mama & papa..... mam & papa akan sentiasa menyayangi Balqis sehingga ke akhir hayat kami berdua.........................................

************************************************************************************
Actually birthday Balqis semalam, 24.08.2009 tapi semalam aku sibuk jadi tak sempat nak update citer pasal birthday girl nie...........

Rupa-rupanya Balqis dah pon berumur setahun..... sekejap jer masa berlalu, anak mama dah besar dah.... maksudnya mama pon dah tua la.... hehehehe


Disebabkan birthday Balqis jatuh pada bulan Ramadhan, jadi aku plan nak wat her birthday party on Syawal.... so kami just sambut little celebration kat umah ibu ngan ayah aku jer la pada 1st Ramadhan tu, sebabnyer adik aku yg belajar kat Melaka tu pon balik sekali..... So selepas berbuka, dah solat sumer, bie, ayah ngn adik amad gi terawih, dalam kul 9 lebih diorang dah balik umah balik.... selepas tu la baru buat celebration Balqis secara kecil-kecilan, tuk family jer la.....


So korang layan la gambar birthday girl ngn papa potong kek ye.......








Than semalam kan actual date of her birthday, Cik Pika pon nak celebrate gak ler birthday si kecik tu, so aku ngan bie pon berbuka lah umah mak teh. Tak ramai pon just aku, bie, cik pika, zali (tunang cik pika), mak teh, angah ngn balqis (pon nak berbuka gak tau.... hik hik hik)....


Mak teh masak maggi curry + maggi tomyam, aku plak gi beli kuih2 ngn murtabak kat pasar ramadhan. Selepas berbuka, solat than after that baru la sesi potong kek lagi (kali ke 2 Balqis potong kek tau)........................ jeles mama tau, mama pon potong kek sekali jerk, anak mama potong kek 2 kali.... hehehehe.

Dah selesai makan kek sumer aku pon nak berangkat balik tapi destinasi seterusnya bukan balik umah tapi kami pergi ke klinik chekup Balqis sebab Balqis nak kena inject malam tu..... melalak kuat gak masa kena inject, tapi nasib baik la sekejap jer...... pastu dia lasak balik.... lepas inject tu aku pantau gak dia takut demam, tapi memang dia tak demam malam tadi, tetiba pagi nie plak dah sampai umah mak teh dia demam, dah la aku tak bekalkan ubat.... aku call bie soh balik umah amik ubat than hantar kat umah mak teh.... hopefully Balqis tak demam teruk la.....

So layan lagi gambar birthday kat umah mak teh plak......










Wednesday, August 19, 2009

Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak

Do'a malaikat Jibril menjelang Ramadhan:

"Ya Allah tolong abaikan puasa ummat Muhammad, apabila sebelum memasuki bulan Ramadhan dia tidak melakukan hal-hal yang berikut:

* Tidak memohon maaf terlebih dahulu kepada kedua orang tuanya (jika masih ada);

* Tidak berma'afan terlebih dahulu antara suami isteri;

* Tidak bermaafan terlebih dahulu dengan orang-orang sekitarnya.


Maka Rasulullah pun mengatakan Amiin sebanyak 3 kali.



Dapatkah kita bayangkan, yang berdo'a adalah Malaikat dan yang meng-amiinkan adalah Rasullullah dan para sahabat , dan dilakukan pada hari Jumaat.




============================================

Oleh itu SAYA SEKELUARGA TERLEBIH DAHULU MEMOHON MAAF jika kami ada berbuat kesalahan, baik yang tidak di sengaja mahupun yang di sengaja, semoga kita semua dapat menjalani ibadah puasa dengan khusyuk, diberkati dan dirahmati Allah S.W.T, Insyaallah.



Amin Ya RAbbal Alamin.......









Rindu.............

Assalamualaikum..................................

Ape Khabar sumer kawan2 blogger?

Lama betul aku tak jenguk blog aku nie.... semenjak pc kat ofis nie tak leh nak bukak blog, than laptop kat umah plak batery nyer dah flat.... charger rosak.... bila la nak gi ganti baru nie.... so memang lama la kan.......
Actually pc kat ofis nie kalau blog aku jer bleh bukak tpi bila aku klik kat blog memembet tak leh bukak langsung...... bosan tol...............

So kepada kawan2 yg rindu kat aku ( ada ke yg rindu kat i nie......) rajin2 la bukak blog aku ye, sebab ada gambo aku anak beranak... walaupon tak ada entry baru......

InsyaAllah tak lama lagi aku akan kembali aktif berblog semula..........percaya lah kengkawan......



Miss u alllll.............. jumpa lagi...........take care................




Muuuaaaaaahhhhhhhh!!!!!!!!!!!




Friday, August 14, 2009

H1N1 - Berhati-hati Semua

Viral novel influenza type A H1N1. Ianya berasal dari virus avian flu (selsema burung H5N1) yang telah menjangkiti babi @ khinzir dan telah bergabung dengan swine flu (yang sepatutnya hanya menjangkit ternakan babi sahaja) dan telah evaluasi (mutasi) untuk penyesuaian diri di dalam 'host' yang lebih tinggi di dalam rantaian makanan @ manusia dan semasa di dalam badan manusia, sekali lagi ia berevolusi supaya ia menjadi 'air born' dan menjangkit dari manusia kepada manusia.


Jangka Hayat Virus
Oleh kerana ia adalah viurs yang air born, ia hanya boleh bertahan di udara selama 2 hingga 8 jam sahaja. Jika selepas tempoh tersebut ia tidak mendapat perumah @ host (badan manusia) ia akan mati. Maka bilik yang dibiarkan selama 24 jam dengan air ventilation yang baik akan 'bersih' dr virus tersebut.


Apa Yang Anda Perlu Tahu

1) Asal virus ini
Sebenarnya telah terdapat outbrake ini di US sebelum terjadi outbrake di Mexico tetapi tidak dilaporkan kepada WHO. Kemungkinan outbrake ini telah dikesan dan US mahu 'baling batu sembunyi tangan' lalu tercetusla outbrake di Mexico.
2) Virologi Virus H1N1

Incubation period yang singkat pada purata 2 hari dengan julat 1 - 4 hari. Ini bermakna ia cepat menyerang badan manusia setelah ia menjangkiti pesakit. Pesakit akan menunjukkan simptom selepas 1 hari dijangkiti paling cepat dan selewat-lewatnya hari ke 4. H1N1 sebenarnya adalah selsema biasa namun kepada pesakit yang berisiko, ia dapat membunuh. Jika pesakit adalah seorang yang normal, ia hanya akan memberi kesan seperti demam selsema biasa dan batuk.
3) Cara Serangan

Virus ini boleh disebarkan melalui batuk, bersin dan percakapan. Virus ini akan menyerang sistem pernafasan (seperti selsema burung dan SARS). Pada peringkat awal, ia hanya pada 'trakea'. Jika tidak mendapat rawatan awal, ia akan menyerang paru-paru dan boleh menyebabkan kematian akibat 'lung collapse' dan ia amat merbahaya kepada golongan yang berisiko tinggi.
4) Siapa Yang Berisiko

1. Orang yang ada masalah 'obesiti' @ gemuk

2. Perempuan mengandung

3. Orang yang ada asthma

4. Orang-orang yang bermasalah dengan sistem imunisasi (menjalani 'operation yg besar', kanak-kanak yang belum cukup suntikan imunisasi, golongan-golongan yang rendah tahap imuniti contohnya HIV)

* Kematian yang telah dilaporkan terdiri daripada golongan - golongan di atas .


Simptom - Simptom
Day 1 - Rasa kurang sihat, tak bermaya

Day 2 - Selsema, batuk dan demam yang kekal (demam tidak turun walaupun telah makan ubat demam)

Day 3 - Rasa kurang selesa di bahagian dada dan sesak nafas

Day 4 - Sakit dada yg teruk, jumpa doktor dengan segera

Day 5 and > - Lung collapse @ kom


Langkah-langkah Kawalan

1. Golongan-golongan yang berisiko, elakkan daripada kesesakan (kawasan yang padat dengan orang ramai)
2. Menjaga kebersihan diri, basuh tangan selalu dan dengan betul, jaga kebersihan rumah dan persekitaran
3. Elakkan diri jika terdapat 'orang batuk, bersin dan kurang sihat'
4. Jika kurang sihat, elakkan diri dari beraktiviti (sosial dan kumpulan)

5. Jika kurang sihat dan ada ILI (influenza light illness @ selsema biasa) jangan hadirkan diri di kawasan orang ramai. Jika terpaksa, pakai 'mask' (sekurang-kurangnya 3 ply mask)

6. Untuk orang yang sihat, elakkan dari kawasan yang padat.

7. Jika ada tanda-tanda simptom diatas, segera ke hospital untuk pemeriksaan dan rawatan

8. Jika sihat, jangan ke hospital atau klinik untuk 'checkup' kerana di kawasan tersebut mengandungi banyak virus.
9. Tak perlu ambil anti-viral @ apa-apa ubat influenza!!!!!!!!!!. Jika sihat dan mengambilnya, akan mengakibatkan resistan kepada vaksin @ ubat-ubat untuk merawat jika terkena jangkitan. Ini adalah kerana berlakunya resistansi virus terhadap persekitaran badan yg telah mengambil ubat-ubat tersebut terlebih awal.

10. Vaksin hanya akan 'wujud' seawal-awalnya pada Oktober dan hanya untuk 'frontliner' sahaja dan untuk orang awam selewat-lewatnya pada 2010.

11. Untuk makluman, influenza test hanya dijalankan di 2 makmal sahaja di Malaysia. Ia mengambil masa 6 jam untuk run test kepada 1 batch sample. Jika klinik menyatakan mereka boleh jalankan ujian, itu tidak betul. Tak perlu ambil suntikan seasonal influenza kerana ia tidak berkaitan.

12. Tahap kesedaran dan pengetahuan yang tinggi amat perlu untuk kita sama-sama menghadapi outbrake ini. Sama-samalah kita berdoa kepada ALLAH s.w.t agar bala ini cepat berlalu. Amin.......
**credit to kipas akustik aka nani haslinda**




Monday, August 10, 2009

Geram...............

Geram sangat2....................


Aku tak leh bukak blog kawan2 la kat ofis nie...................

Nak kata ada virus, pc aku nie baru jer balik dari di re-format..... tetiba tak leh plak nak bukak blog korang.........

So nampak gaya, blog korang aku bukak kat umah jer la........ confirm memang tak sempat nak baca semua org nyer blog, sebab mana nak wat kerja umah lagi, than mesti berebut ngn bie nyer...... than nanti balqis pon sibuk nak main mouse gak............

Friends...........

Kalau aku tak sempat jenguk2 blog u all, jgn marah eh.......... insyaAllah kalau aku jenguk blog korang, aku leave comment eh.......




Sorry........................




** mencik tau ngn pc ofis nie........









Saturday, August 08, 2009

Weekend

Hai friends........... Salam Sabtu.....

Sekejap jer dah hujung minggu kan, hari nie dah sabtu, esok ahad, lusa dah isnin balik..... dah start kerja balik...... hmmmmm cam cepat jer masa berlalu....... baru hari isnin tup2 eh dah hari jumaat...... cepat jer kan????


Bila dah hari sabtu, mesti la dah plan aktivit2 yg nak dibuat kan, same to me too... aku pon dah ada plan gak tuk hari nie & ahad. Hari nie sabtu, biasa la aku memang kerja hari sabtu, half day.... than petang plak tunggu bie balik kerja than nak gi umah BP (JMC's member) kat Tiram, ada majlis hari jadi anak dia, Adib yg ke 4 tahun...... after that terus jer nak balik ke Bandar Penawar....... rasa cam lama dah tak balik umah ibu ngn ayah....... ibu ngn ayah pon dah rindu ngn cucu dia tu, hari2 telefon nak dengar suara balqis.... hehehe padahal baru jer 2 minggu lepas dah jumpa.... biasa la kan dah namanyer cucu pertama..... mesti lah rindu.......


Hari ahad plak, just lepak2 kat umah jer lah..... nak kuar ke mana lagi kan kalau dah kat umah ibu tu, melainkan kalau ayah plan nak ke kota tinggi town, so ikut jer la.....lagi pon sekarang nie dengan H1N1 lagi, takut gak nak kuar jalan2 nie, tapi aku rasa cam nak ajak ayah balik kampung sebab cam dah lama tak balik, dah la last week aku tak balik masa mak ngah wat kenduri sebab nyer bie kena kerja ari sabtu ngn ahad..... so tak dapat la balik..... ingatkan minggu nie nak balik ler...... than plan yg lain belum terfikir lagi...... just wait & see, mana la tau ada plan mendadak ke kan..... kang paln awal2 nie sekali tak jadi.... hmmmm haru jer.....


So friends....... happy weekend........ have a nice day....... take care.........






Thursday, August 06, 2009

Spaghetti

Aku nie dari 2 minggu lepas nak nor makan spaghetti tapi asik tak dapat jer...... (jgn ada yg ingat aku mengidam ok), so lepas balik dari klinik ari tu, terus kuar kan barang2 nak masak spaghetti..... berkuntau kat dapur akhirnya siap lah spaghetti aku yg tak seberapa tu (gambar atas). Than di sebabkan tak puas lagi makan esoknyer masa aku mc, dok kat umah sorang malas nak masak lunch lauk bagai so aku masak lagi spaghetti, disebabkan ada udang yg tinggal sikit, so aku jadikan dia rencah tuk spaghetti aku...... jadi lah seperti gambar yg kat bawah tu....... tak kisah la kan janji perut aku kenyang.......hahaha......... walaupon rupa nyer tak la menarik sgt tapi sedap woooo............ hehehe puji diri sendiri..... wakakaka......



MC

Semalam aku tak keja, mc...... sebab nyer selsema + batuk ler....... kan entry sebelum nie aku citer aku sakit sekali kelmarin nyer gi la klinik, cadangnyer nak suh balqis yg jumpa doktor sebab dia pon selsema ngn batuk gak, sekali ngn mama dia gi tgk doktor.... doktor tu soh aku mc sebab soh rehat la kat umah, than takut org kat ofis plak jangkit kan.... so dapat la aku mc 1 hari..... dapat ubat batuk sebotol, ubat selsema 2, satu tuk makan pagi sahaja, satu lagi tuk makan malam sahaja..... balqis plak dapat ubat selsema, batuk ngn demam walaupon tak demam...... tapi gambo ubat balqis tak snap plak ye............



Monday, August 03, 2009

Tak Sihat

Gambar Ihsan Dari Mr. Google


Bulan Ogos dimulakan dengan hari2 yg tak sihat...... aku selsema, balqis pon selsema, bie plak batuk2. Dah la sekarang nie musim influenza A H1N1, penyakit yg sgt2 berbahaya buat masa sekarang nie..... Dah menular ke negeri Johor plak..... ish takut nyer.....

Bila dah tak sihat nie, sumer keja nak buat rasa malas jer...... nie selsema sampai mata pon dah tak leh nak bukak, asyik bersin jer dari tadi tak berenti2..... pening dah kepalo den nie...... Kalau boleh nak dok kat umah baring jer........ cam dah tak larat dah nie, badan pon dah rasa cam tak sedap jer...... jgn ler demam........


Ape2 pon, semua kawan2 jaga kesihatan bebaik, kalau sakit, demam, selsema terus gi jumpa doktor, aku nie pon nanti balik nak ajak bie gi klinik. Ye lah kan, bila ada penyakit berbahaya yg merebak sekarang nie, baik la kita ambil langkah berjaga2, mencegah daripada penyakit nie berjangkit ke keluarga kita pula......


hati-hati semua...............