Saturday, March 28, 2015

Our 8th Wedding Anniversary

Assalamualaikum.....

Dah nak habis bulan mac dah tapi baru nak update cerita pasal our wedding anniversary.
Our wedding anniversary pada 16 Mac 2015. Dah 8 tahun dah mahligai yang kami bina. Semoga berkekalan hingga akhir hayat kami dan sehingga ke Jannah, in sha Allah.........


So malam tu kami celebrate kat satu tempat yang best iaitu Olive Music Cafe kat Jalan Kolam Air. Yang lagi bestnya, first time bie buat surprise bawak gi tempat ni. siap booked meja untuk dinner. Sebelum-sebelum nie kami just celebrate kat tempat yang sama je..... ActuallyIra terlupa our anniversary date siap buat appoinment dengan my business partner, but than my hubby yang ingatkan pasal date tu and terpaksa la Ira cancel appoinment Ira sebab bie dah booked table hehehehe..... terukkan wife dia nie...






Olive Music Cafe nie memang best tau uolls.... tempat dia sangat selesa, cantik dan bersih. Dekorasi dalaman dia pon cantik2. Sangat sesuai untuk apa2 occasion such as birthday parties, anniversary or just datang makan2 dengan family. The food pon sangat sedap, serius tak tipu.... but Ira tak ambik gambar food yang kitorang makan malam tu. Next time kalau Ira pergi lagi ira snap2 gambar food. Di Olive Music Cafe pon ada live band tau uolls, tapi hanya dari hari Jumaat hingga Isnin sahaja. Kebetulan masa kami pergi is hari Isnin, so kami dapat la tonton live band tu. Balqis dan Badrina la yang teruja tonton live band tu.....


So uolls just enjoy the photo je lah ye......




me and bie..... love you so much bie....




live band pada malam tu....




my little family......




me with Badrina, kakak Balqis sibuk tengok live band




me and bie ...........




hadiah yang bie beri, Pandora ring




close up......




my present for bie, clutch from Hush Puppies



Semoga ikatan perkahwinan kami berkekalan hingga ke Jannah dan kami dikurniakan anak2 yang soleh solehah, yang cerdik pandai, mendengarkata dan membahagiakan kami berdua.... Ameen....




Sunday, March 01, 2015

Premium Beautiful - Apa kelebihan PBCorset

Assalamualaikum......

Aduh.... bulan Januari dan Februari dah berlalu.... Dah masuk bulan March dah. Liatnya Ira nie nak update blog. Bukan liat ape, sibuk urus kan anak-anak, dengan yang sulung dah mula bersekolah darjah 1, kemudian banyak sangat keje di kedai, dengan part time biz yang semakin hari semakin Ira sayang ni. Tu yang tak terupdate blog nan satu nie.

OK hari nie Ira nak cerita pasal Premium Beautiful lagi. Maklum la main product yang Ira selalu dok promot kat instagram is PB corset kan. Sejak Ira join this business, ramai yang tanya Ira, "Ape tu PB?".
So di sini Ira nak explain what is Premium Beautiful (PB).

PB merupakan pakaian dalam wanita yang terdiri daripada coli panjang, bengkung pinggang, dan seluar dalam panjang. Set ini juga digunakan untuk membentuk kontur keseluruhan badan supaya nampak lebih menarik, bentuk badan yang seimbang dan sihat.




Teknologi pembuatan PB amat mengagumkan kerana gabungan pakar-pakar perubatan Jerman, Jepun, China, dan USA. Mereka telah menghasilkan fabrik yang berteknologi tinggi dan canggih yang di panggil Akwatek dan Akwadyne. Ia juga telah ditenun sulam bersama-sama Sinar Infra Merah Jarak Jauh atau "Far Infra Red" (F.I.R).


KELEBIHAN KUALITI KAIN PREMIUM BEAUTIFUL (PB)

  • Rekabentuk stereoskopik sinar Infra Merah Jauh yang berdasarkan potongan badan manusia. Ia berfungsi mendorong peredaran darah dan proses metabolisme.
  • Kuasa serapan yang baik, sesuai untuk dipakai seharian, pakaian dalam yang boleh dicuci dan tahan lama.
  • Kuasa reganggan dalam semua hala. Dapat diregang secara 360 darjah mengikut pergerakan badan tanpa mengubah rekabentuk asalnya.
  • Sinar Infra Merah Jauh yang dapat menambah kekenyalan dan ketegangan buah dada dan menggiatkan tumbesaran buah dada.


FUNGSI COLI PANJANG (LONG BRA)





  1. Cawan coli dengan tiga (3) keping jahitan stereoskopik dapat menolak atas, menyokong dan menetapkan kedudukan buah dada.
  2. Rawan keluli memori berfungsi untuk menetap dan menyokong buah dada.
  3. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian depan coli dapat menyelaras perut yang buncit lalu meninggikan kedudukan kontur buah dada.
  4. Dua (2) batang keluli berupaya untuk menyelaras dan membentuk kontur badan.
  5. Rekaan kuasa tekanan dan regangan berganda pada bahagian belakang coli dapat menutup bahagian belakang badan, dapat menyelaraskan lebihan lemak pada bahagian belakang, turut mengatasi masalahberbadan besar.
  6. Rekaan berbentuk ' U ' pada bahagian belakang coli, bukan sahaja dapat menguruskan badan, malahan dapat menambah kontur bahagian belakang.
  7. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkam keunggulan produk
  8. Rekaan 3 pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai.


FUNGSI BENGKUNG PINGGANG ( WAIST NIPPER)







  1. Tujuh (7) batang keluli memori dapat menyokong pinggang dan menegakkan tulang vetebra, turut berupaya memperbaiki postur berdiri dan duduk.
  2. Rekaan unik berdasarkan potongan rangka badan manusia, memperkuat pengagihan lemak pada bahagian pinggang ke bahagian dada dan punggung secara serata, turut mencapai kesan pembentukan badan yang seimbang.
  3. Tali kenyal yang diimport dari Jepun, membantu menyelaraskan kontur pinggang.
  4. Rekaan secara fleksibel, menghasilkan kesan pembentukan berdasarkan kesesuaian badan individu.
  5. Rekaan tiga (3) pasang cangkuk membolehkan anda membuat penyelarasan yang sesuai. 
  6. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkam keunggulan produk.


FUNGSI SELUAR DALAM PANJANG (LONG GIRDLE)







    1. Sebanyak 32 keping jahitan stereoskopik, berdasarkan teori mampatan berserpihan, mengagihkan lebihan lemak ke arah bahagian badan yang bersesuaian.
    2. Rekaan dan jahitan unggul cawan pinggul dapat membetulkan pinggul yang lentur, membentuk kontur pinggul yang mempersona dan meninggikan pinggul.
    3. Mengasingkan kontur peha dan pinggul, mengagihkan lebihan lemak pada peha ke dalam cawan pinggul dan membentuk kontur pinggul yang sempurna.
    4. Dilengkapi dengan kain jenis kapas yang selesa pada bahagian dalam pinggang seluar dapat memperbaiki dan membentuk kontur pinggang yang sempurna.
    5. Perhiasan berlian berbentuk rama-rama menonjolkam keunggulan produk.
    6. Mampatan yang tetap ke atas abdomen dapat mengurangkan lebihan lemak lalu memperbaiki masalah perut buncit.
    7. Rekaan mampatan 2 lapisan berfungsi menyelaraskan lemak pada sekitar peha, membentuk kontur peha yang menarik.
    8. Penggunaan 2 lapisan kain kapas berlubang kecil berfungsi untuk memberi keselesaan.
    9. Penggunaan renda yang fleksibel, mengelakkan perassan yang tidak menyenangkan akibat pergeseran dengan benang seluar.



    SIAPA YANG WAJIB BELI DAN PAKAI PREMIUM BEAUTIFUL (PB)


    Immediate Effect
    • Anda yang mahu sorok lemak perut berlipat dan ingin mengurangka beberapa inci ukuran badan serta merta.
    • Anda yang mempunyai tubuh badan yang cepat naik dan cepat turun supaya tidak terkejut bila tiba-tiba baju mengecil
    • Anda yang mahu kelihatan lebih"in shape, boobs and butt"
    • Anda yang bakal mendirikan riumah tangga
    • Anda yang sedang dalam berpantang selepas melahirkan bayi
    • Anda yang memiliki tubuh yang tidak perfect contohnya apple, & hour glass shape

    Long-term Effect

    • Anda yang mempunyai masalah haid tidak teratur, senggugut, gastrik, sembelit, maigrain dan hangin satu badan
    • Anda yang berusaha memperoleh cahayamata
    • Anda yang ingin mengurangkan berat badan
    • Anda yang mempunyai sejarah keluarga dalam penyakit cyst dan fibroid
    • Anda yang menderita sakit tulang, sendi, pernah slipdisc atau retak atau patah

    Forever Young & Beauty Effect

    • Anda yang inginkan kehidupan yang lebih bermakna, kebebasan dalam aspek kewangan, dan dikelilingi oleh rakan rakan yang berminda positif
    • Anda yang ingin mendapatkan side income 4 - 5 - 6 angka sebulan
    • Anda yang mempunyai banyak masa terluang yang tidak digunakan sebaiknya
    • Anda yang gemar melancong secara percuma


    INTERESTED??? ................................. BOLEH CONTACT ATAU SMS IRA @ 012-7307047